| Dashboard

Assalamualaikum and hi. If you have anything to ask just leave a comment or message on tagboard. Thank you for blogwalking and have a nice day


z4hxnis
Lagak.

Hati ini pernah terdetik alangkah indahnya jika kita dapat menguasai segalanya di dunia ini. Perasaan itu memang seronok. Bukan aku bayangkan diri aku sebagai Tuhan, tapi hanya ingin satu kuasa dalam diri ini macam Harry Potter. Situasi demi situasi dapat diselesaikan dengan mudah. 

Namun, tidak dengan manusia yang cetek pemikiran. Contohnya boleh dilihat melalui perilaku kawan aku sendiri di sekolah. Sesetengah mereka bertindak semberono atau kasarnya bodoh tanpa memikirkan kesannya. 

Sakit.
Sumpah sakit hati aku.
Pedih rasanya tak terkata.

Bayangkanlah dengan kawan sendiri pun nak 'menyalak' or 'menganjing'. Mana perasaan hormat kau terhadap aku ? Mana perasaan timbang rasa kau sebagai sebahagian badan kepimpinan sekolah ? Aku rasa ini satu pembaziran hidup kau masa kau pergi kem kepimpinan semua itu bagai.

Serius bodoh.
Aku tak tipu.
Kau orang yang penuh lagak dan bodoh.

Aku tak kata daripada segi akal tetapi daripada tindakan kau yang macam haram tu. Aku harap kau berubah. Berubah ke arah positif. Lakukan anjakan paradigma untuk diri kau. Kalau tak mampu, cermin je diri tu.

Aku yakin kau boleh. Aku doakan yang terbaik untuk kau, kawan. Biarlah aku seorang yang merasai keburukan kau. Aku taknak orang lain rasa apa yang aku rasa. Menyesal tak sudahlah jawabnya.

"Orang yang benci kita disebabkan kelebihan yang ada dalam diri kita, bukan sebab kekurangan yang kita punya."

xoxo
aniszach

Previous